Monday 16 April 2018

70 penapis minyak tiruan jenama Proton dirampas


PUCHONG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas 70 unit penapis minyak jenama Proton yang disyaki tiruan dalam serbuan di kedai pembekal alat ganti kenderaan di Puchong Utama di sini hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Selangor, Abdul Rosik Yakub dalam kenyataan hari ini berkata serbuan yang dibuat sekitar jam 2.30 petang semalam itu dilakukan pihaknya menerusi hasil aduan dan maklumat daripada Proton.

"Hasil pemeriksaan lanjut oleh empat pengawai penguatkuasa KPDNKK telah diketuai Mohd. Ariffin Awang itu menemui 70 penapis minyak berkenaan yang bernilai anggaran RM652.

"Tiada sebarang penahanan dibuat dan kesemua alat berkenaan telah disita untuk tindakan lanjut," tambahnya.


KPDNKK
Operasi yang dijalankan KPDNKK itu dijalankan di sekitar kawasan Puchong Utama di sini hari ini. - Sumber foto KPDNKK

Abdul Rosik berkata siasatan kes itu masih dijalankan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

No comments:

Post a Comment